MSIG Insurance (Malaysia) Bhd is a member of PIDM. Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi MSIG Insurance (Malaysia) Bhd atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Insurans Kemalangan Diri Mini MSIG menyediakan perlindungan kewangan pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda memerlukannya, dengan perlindungan 24 jam di seluruh dunia yang akan memberi pampasan kepada anda jika berlaku kehilangan upaya atau kematian disebabkan kemalangan. Dengan 5 pilihan pelan mampu milik, kekal tenang kerana ada pelan yang sesuai dengan keperluan anda.

Bank Negara Malaysia mengiktiraf Insurans Kemalangan Diri (PA) Mini sebagai produk Perlindungan Tenang yang menawarkan pelan perlindungan mampu milik, mudah difahami dan dengan proses tuntutan yang mudah untuk memberi perkhidmatan kepada mereka yang paling memerlukannya.


*Duti setem dikecualikan sehingga 31/12/2025 Tetapi,duti setem RM10 perlu dibayar bermula 1/1/2026.

Note:

  • Anda dikehendaki membayar sebarang cukai berkaitan(termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai perkhidmatan dan duti setem RM10) yang dikenakan oleh Penguatkuasa Cukai Malaysia berhubung Polisi ini.

Ketahui Lebih Lanjut

Insurans Kemalangan Diri Mini MSIG ialah pelan tahunan yang menawarkan perlindungan asas kemalangan diri untuk menyediakan bantuan kewangan bagi kehilangan upaya atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan.

Untuk pencalonan, sila rujuk FAQ di sini.

Untuk tuntutan, sila rujuk FAQ di sini.

Muat turun butiran perlindungan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.