Terma dan Syarat
Dengan ini anda mengakui bahawa anda telah membaca Terma Penggunaan, Helaian Pendedahan Produk dan memahami manfaat produk, terma dan syarat utama, pengecualian, premium, yuran dan caj yang anda perlu bayar dan ingin meneruskan pembelian polisi ini.
Anda mesti mengambil penjagaan munasabah untuk tidak membuat salah nyata semasa menjawab soalan di sini atau di
dalam apa-apa permintaan yang dibuat oleh MSIG dan memeriksa maklumat yang anda berikan adalah lengkap dan tepat.
Anda juga perlu mendedahkan semua maklumat yang relevan yang boleh mempengaruhi MSIG bagi penerimaan insurans
ini, memutuskan terma serta premium yang anda akan bayar. Jika anda tidak mengambil penjagaan munasabah dan
maklumat yang diberikan oleh anda adalah tidak lengkap atau tidak tepat, ini boleh menjejaskan tuntutan anda.
Tanggungjawab anda untuk menyediakan maklumat lengkap dan tepat apabila diminta oleh MSIG hendaklah berterusan
sehingga ke masa insurans itu dibuat oleh anda, membuat perubahan kepada atau memperbaharui insurans anda.
Melainkan diperbaharui, perlindungan akan dihentikan pada tarikh tamat tempoh dan kamai tidak akan bertanggungjawab sama sekali untuk sebarang perbelanjaan yang berlaku selepas tarikh tamat tempoh.
Berkenaan dengan maklumat peribadi yang dikemukakan di sini, anda dengan ini bersetuju dengan MSIG untuk memproses
maklumat peribadi anda untuk tujuan memproses permohanan anda di sini. Di mana berkenaan, anda juga mengesahkan
bahawa anda telah mendapat kebenaran daripada orang yang dinamakan di sini dan bahawa anda diberi kuasa untuk
mendedahkan maklumat peribadi mereka di sini. Untuk maklumat lanjut berkenaan Dasar Privasi kami, sila baca Syarat
Penggunaan kami. Sila baca Notis Privasi kami di www.msig.com.my untuk butiran lanjut.
Fasal CukaiĀ
Anda dikehendaki membayar sebarang cukai berkaitan (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai perkhidmatan) yang
dikenakan oleh penguatkuasa cukai Malaysia berhubung polisi ini, berkuat kuasa dari 1 September 2018.